Search
Sunday, September 05, 2010..:: Home::..Register  Login
 Links Minimize

 Print   

Terima kasih kerana mengunjungi laman web www.azli.my. Maklumat terkini telah dipecahkan kepada blog berasingan mengikut stesen radio. Untuk maklumat mengenai segmen infoict sila lawati infoict.dapat.com, untuk arifict sila lawati arifict.dapat.com

 Rakaman Segmen Teknologi Minimize

 Print   
 View_Blog Minimize
Author:azliCreated:1/24/2007 4:42 PM
Infoict adalah ruang dimana maklumat terkini yang dibincangkan di Segmen InfoICT dipaparkan.

By azli on 2/13/2007 7:45 AM

Sejak akhir-akhir ini banyak kes penipuan SMS dilaporkan oleh pihak media, yang terkini dan masih berleluasa adalah penipuan SMS AF4. Modus Operandi penipuan ini bermula dengan mangsa menerima SMS dari pihak sindiket yang menyatakan mangsa telah berjaya dipilih sebagai pemenang kerana telah mengambil bahagian didalam pengundian SMS AF4 pada musim yang lepas.

Mangsa dinyatakan telah memenangi sejumlah wang, dan untuk menuntut wang tersebut, mereka perlulah membuat pembayaran sebanyak RM1,000 kepada akaun yang dinyatakan. Kebanyakaan penerima SMS yang rasional akan mengangap ianya satu penipuan, tetapi untuk sesetengah penerima mereka terus mempercayai mesej yang dinyatakan. Untuk mereka yang pernah mengambil bahagian didalam proses pengundian SMS AF4 ianya akan menjadi lebih meyakinkan.

Apabila wang telah dimasukkan kepada akaun yang dinyatakan, tidak ada apa-apa perhubungan yang akan diterima selepas itu. Mereka hanya tahu mereka telah ditipu apabila membaca be ... Read More »

By azli on 2/13/2007 7:18 AM

Kemudahan SMS telah menjadi satu saluran penyampaian maklumat pilihan daripada orang ramai ke agensi Kerajaan. Agensi Kerajaan yang terkini yang telah menggunakan kemudahan penerimaan SMS adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk menyampaikan maklumat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenai apa sahaja yang dirasakan patut, mulakan SMS anda dengan:

DBKL ADUAN <maklumat yang ingin disampaikan> hantarkan ke DAPAT | 32728 *

Maklumat yang dihantar akan terus diterima oleh pihak DBKL untuk tindakan lanjut. Pengadu juga akan diberikan nombor rujukan bagi tujuan semakan apabila berhubung dengan DBKL pada masa depan.

* setiap SMS yang diterima akan dicaj 50 sen Read More »

By azli on 1/24/2007 5:20 PM

Kemudahan email yang diwujudkan sejak 15 tahun yang lalu nampaknya telah sampai masa untuk diubah. Semasa kemudahan email diwujudkan, fail yang hendak dihantar adalah kecil. Namun apabila banyak perisian yang telah membolehkan pengguna menghasilkan dokumen digital mereka sendiri, saiz fail yang dihantar menerusi email telah meningkat secara mendadak.
 
Peningkatan ini dapat dilihat daripada saiz peti email yang diberikan oleh syarikat pembekal. Jika dahulu saiz peti email yang diberikan secara percuma oleh syarikat pemberi kemudahan hanyalah 10 MB. Kemudian ianya ditingkatkan ke 100 MB seterusnya ke 1,000 MB, sekarang kemudahan email dari GMAIL telah memberikan saiz peti email sebesar 2,80 ... Read More »


 Print   
 Blog_List Minimize

 Print   
 New_Blog Minimize
You must be logged in and have permission to create or edit a blog.

 Print   
 Search_Blog Minimize

 Print   
 Blog_Archive Minimize

 Print   
 Alkulliyyah-TV3 16 March Minimize


 Print   
Copyright 2007 by azli2.dapat.com   Terms Of Use  Privacy Statement