Sejak akhir-akhir ini banyak kes penipuan SMS dilaporkan oleh pihak media, yang terkini dan masih berleluasa adalah penipuan SMS AF4. Modus Operandi penipuan ini bermula dengan mangsa menerima SMS dari pihak sindiket yang menyatakan mangsa telah berjaya dipilih sebagai pemenang kerana telah mengambil bahagian didalam pengundian SMS AF4 pada musim yang lepas.
Mangsa dinyatakan telah memenangi sejumlah wang, dan untuk menuntut wang tersebut, mereka perlulah membuat pembayaran sebanyak RM1,000 kepada akaun yang dinyatakan. Kebanyakaan penerima SMS yang rasional akan mengangap ianya satu penipuan, tetapi untuk sesetengah penerima mereka terus mempercayai mesej yang dinyatakan. Untuk mereka yang pernah mengambil bahagian didalam proses pengundian SMS AF4 ianya akan menjadi lebih meyakinkan.
Apabila wang telah dimasukkan kepada akaun yang dinyatakan, tidak ada apa-apa perhubungan yang akan diterima selepas itu. Mereka hanya tahu mereka telah ditipu apabila membaca be ...