Search
Sunday, September 05, 2010..:: Home::..Register  Login
 Links Minimize

 Print   

Terima kasih kerana mengunjungi laman web www.azli.my. Maklumat terkini telah dipecahkan kepada blog berasingan mengikut stesen radio. Untuk maklumat mengenai segmen infoict sila lawati infoict.dapat.com, untuk arifict sila lawati arifict.dapat.com

 Rakaman Segmen Teknologi Minimize

 Print   
 View_Blog Minimize
Feb13

Written by:azli
2/13/2007 7:45 AM

Sejak akhir-akhir ini banyak kes penipuan SMS dilaporkan oleh pihak media, yang terkini dan masih berleluasa adalah penipuan SMS AF4. Modus Operandi penipuan ini bermula dengan mangsa menerima SMS dari pihak sindiket yang menyatakan mangsa telah berjaya dipilih sebagai pemenang kerana telah mengambil bahagian didalam pengundian SMS AF4 pada musim yang lepas.

Mangsa dinyatakan telah memenangi sejumlah wang, dan untuk menuntut wang tersebut, mereka perlulah membuat pembayaran sebanyak RM1,000 kepada akaun yang dinyatakan. Kebanyakaan penerima SMS yang rasional akan mengangap ianya satu penipuan, tetapi untuk sesetengah penerima mereka terus mempercayai mesej yang dinyatakan. Untuk mereka yang pernah mengambil bahagian didalam proses pengundian SMS AF4 ianya akan menjadi lebih meyakinkan.

Apabila wang telah dimasukkan kepada akaun yang dinyatakan, tidak ada apa-apa perhubungan yang akan diterima selepas itu. Mereka hanya tahu mereka telah ditipu apabila membaca berita mengenai penipuan ini diakhbar selepas dari kejadian tersebut.

Diharap pengguna telefon bimbit di Malaysia tidak bersifat tamak apabila menerima SMS yang menyatakan mereka telah memenangi hadiah yang dihantar oleh pihak yang tidak dikenali.

Tags:

Your name:
Title:
Comment:
Add Comment   Cancel  

  
 Blog_List Minimize

 Print   
 New_Blog Minimize
You must be logged in and have permission to create or edit a blog.

 Print   
 Search_Blog Minimize

 Print   
 Blog_Archive Minimize

 Print   
 Alkulliyyah-TV3 16 March Minimize


 Print   
Copyright 2007 by azli2.dapat.com   Terms Of Use  Privacy Statement