Kemudahan email yang diwujudkan sejak 15 tahun yang lalu nampaknya telah sampai masa untuk diubah. Semasa kemudahan email diwujudkan, fail yang hendak dihantar adalah kecil. Namun apabila banyak perisian yang telah membolehkan pengguna menghasilkan dokumen digital mereka sendiri, saiz fail yang dihantar menerusi email telah meningkat secara mendadak.
Peningkatan ini dapat dilihat daripada saiz peti email yang diberikan oleh syarikat pembekal. Jika dahulu saiz peti email yang diberikan secara percuma oleh syarikat pemberi kemudahan hanyalah 10 MB. Kemudian ianya ditingkatkan ke 100 MB seterusnya ke 1,000 MB, sekarang kemudahan email dari GMAIL telah memberikan saiz peti email sebesar 2,800 MB. Walau sebesar manapun peti email yang diberikan ianya tidak akan mencukupi, ini adalah kerana fail yang berbentuk attachment yang dihantar melalui email seperti video, audio dan Power Point juga telah meningkat saiz dengan mendadak.
Masaalah ini adalah disebabkan oleh prasarana email itu sendiri. Kemudahan email adalah berasaskan konsep hantar, simpan dan terima. Dimana maklumat dan fail yang dihantar tidak dihantar dan diterima secara terus oleh pihak penerima, tetapi disimpan didalam server perantaraan sebelum ianya dimuat-turunkan dan dikosongkan oleh pihak penerima. Jika pihak penerima tidak mengosongkan peti email mereka maka email yang mempunyai sisipan yang besar tidak akan diterima untuk penghantaran seterusnya.
Mengapakah email tidak dihantar secara terus ke komputer penerima? Ini ada berkaitan dengan tahap teknologi itu sendiri semasa ianya diwujudkan, semasa kemudahan email diwujudkan, kebanyakaan komputer tidak mempunyai sambungan ke Internet setiap masa jadi server simpanan sementara adalah diperlukan untuk menyimpan mesej dan sisipan sehingga komputer penerima membuat penyambungan ke Internet. Namun zaman telah berubah, kebanyakaan komputer kini telah mempunyai kemudahan Jalur Lebar dan disambungkan ke Internet sepanjang masa. Dengan perubahan suasana prasarana terkini, email sepatutnya sudah tidak lagi disinpan didalam server perantar, ianya sudah sepatutnya dihantar terus ke komputer penerima. Dengan ini kekangan yang terdapat pada saiz fail yang hendak dihantar tidak lagi menjadi isu.
Untuk menikmati kemudahan penghantaran fail secara terus, perisian yang sesuai perlulah dipasang dikedua-dua komputer penghantar dan penerima. Diantara perisian yang popular yang boleh digunakan adalah perisian yang dinamakan Tubesnow yang boleh diperolehi di www.tubesnow.com.