Search
Sunday, September 05, 2010..:: Home::..Register  Login
 Links Minimize

 Print   

Terima kasih kerana mengunjungi laman web www.azli.my. Maklumat terkini telah dipecahkan kepada blog berasingan mengikut stesen radio. Untuk maklumat mengenai segmen infoict sila lawati infoict.dapat.com, untuk arifict sila lawati arifict.dapat.com

 Rakaman Segmen Teknologi Minimize

 Print   
 View_Blog Minimize
Jan25

Written by:azli
1/25/2007 1:43 AM

Mungkin kita pernah menghantar attachment yang bersaiz besar melalui email. Sejurus selepas penghantaran dilakukan terdapat email yang diterima daripada pembekal email penerima yang menyatakan bahwa kapisiti ruang email penerima tidak dapat menampung saiz attachment yang dihantar.

Apa agaknya yang patut kita lakukan? Kecilkan fail, telefon penerima email untuk mereka memberikan alamat email yang lain, atau salin didalam thumb drive dan hantar menggunakan kaedah biasa? Jawapan semua yang diatas mungkin adalah penyelesaian yang kita pilih sebelum ini.

Setiap masaalah akan ada penyelesaiannya. Penyelesaian untuk masaalah penerimaan fail attachment bersaiz besar adalah dengan tidak menghantar fail tersebut, tetapi dengan menghantar link capaian lokasi dimana fail tersebut boleh dimuat-turunkan.

Kemudahan penghantaran link fail tanpa menghantar fail boleh diperolehi di www.sendthisfile.com Laman web ini memberikan kemudahan dimana pengguna boleh mendaftarkan email mereka, dan kemudiannya menghantar attachment bersaiz besar kepada mana-mana alamat email penerima tanpa perlu berasa risau mengenai saiz ruang email penerima.

Kemudahan ini juga membolehkan kita menghantar fail yang besar kepada beberapa penerima tanpa memuatnaik fail satu demi satu. Apabila penerima menerima email yang dihantar, fail yang dihantar tidak disertakan bersama dengan email yang diterima, apa yang disertakan hanyalah link lokasi dimana fail tersebut boleh dimuat-turunkan. Apabila pengguna menekan diatas link tersebut, fail yang disimpan di server www.sendthisfile.com akan dimuat-turun secara terus ke komputer penerima tanpa perlu melalui server email penerima.

Tags:

3 comments so far...

Re: Kemudahan menghantar sisipan (attachment) yang bersaiz besar

Assalamualaikum,

En. Azli.
Saya ingin bertanya bolehkan laman web en.azli ada menyediakan RSS. ?
dan bolehkan saya copy maklumat dalam laman web en. ini??
Sila reply ke joharimah2000@yahoo.com

Terima kasih

By joharimah on  1/27/2007 10:57 AM

cara nak membina portal

Assalamualaikum

Apa kbabar En.Azli, disini ingin saya menanyakan bagaimana hendak
membina sesuatu portal.

Diharap kemusykilan saya ini dapat diselesaikan melalui saudara.
terima kasih.

Reply to : mrlarn@yahoo.com

By mazlan on  8/7/2008 12:32 PM

Re:laman web untuk menjadi ajen iklan barangan

Saya terlupa alamat untuk mendapatkan syarikat yang ingin diiklankan barangan di dlam laman web kita (saya)..dan kita akan mendapat komisen daripada pembelian pihak ketiga yang membuat pembelian melalui iklan yang terdapat di dalam laman web kita.
Terima kasih...

By zakaria SMKC on  7/15/2009 6:27 PM

Your name:
Title:
Comment:
Add Comment   Cancel  

  
 Blog_List Minimize

 Print   
 New_Blog Minimize
You must be logged in and have permission to create or edit a blog.

 Print   
 Search_Blog Minimize

 Print   
 Blog_Archive Minimize

 Print   
 Alkulliyyah-TV3 16 March Minimize


 Print   
Copyright 2007 by azli2.dapat.com   Terms Of Use  Privacy Statement