Kemudahan SMS telah menjadi satu saluran penyampaian maklumat pilihan daripada orang ramai ke agensi Kerajaan. Agensi Kerajaan yang terkini yang telah menggunakan kemudahan penerimaan SMS adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Untuk menyampaikan maklumat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenai apa sahaja yang dirasakan patut, mulakan SMS anda dengan:
DBKL ADUAN <maklumat yang ingin disampaikan> hantarkan ke DAPAT | 32728 *
Maklumat yang dihantar akan terus diterima oleh pihak DBKL untuk tindakan lanjut. Pengadu juga akan diberikan nombor rujukan bagi tujuan semakan apabila berhubung dengan DBKL pada masa depan.
* setiap SMS yang diterima akan dicaj 50 sen